Sunday 18 August 2013

Nasi Goreng Kampung Recipe

NASI GORENG KAMPUNG RECIPE

Pengenalan

Nasi Goreng Kampung Recipe merupakan sejenis nasi goreng yang ditambah dengan ikan bilis dan digoreng dengan kicap cair atau sos ikan serta dihasilkan dengan menggunakan bahan berkualiti. Nasi Goreng Kampung adalah sejenis varian biasa, terdahulunya diperasai dengan ikan goreng (biasanya ikan kembung), walaupun ikan bilis sudah digunakan untuk menggantikannya sekarang. Nasi Goreng Kampung Recipe juga mudah didapati di setiap pekan dan kampung Melayu serta dianggap sebagai salah satu hidangan masakan melayu yang terkenal di Malaysia.

Tambahan pula, resepi Nasi Goreng Kampung Recipe sudah berevolusi dari zaman dahulu dan telah diubahsuai untuk menepati keseleraan masyarakat tempatan. Nasi Goreng Kampung Recipe muncul dari beberapa sifat dalam kebudayaan Melayu dan akan memasak nasi yang dingin untuk digoreng serta dihidangkan kembali di meja makan. Nasi Goreng Kampung dapat dinikmati secara sederhana di warung pinggir jalan, gerobak penjaja di sekeliling, hingga restoran dan meja prasmanan dalam pesta.

Nasi Goreng Kampung Recipe memiliki variasi tersendiri tergantung dari daerah dan bumbu atau bahan-bahan yang digunakan. Variasi ini biasanya dipengaruhi oleh bahan makanan yang biasa digunakan oleh masyarakat setempat dan pengaruh ramuan bumbu dari negara tetangga, ataupun pengaruh budaya dari kaum etnik. Walaubagaimanapun, cara untuk memasak Nasi Goreng Kampung adalah mudah, ringkas dan praktis tanpa menggunakan bahan-bahan yang terlalu banyak.

Di musim perayaan dan di majlis kenduri, Nasi Goreng Kampung Recipe beserta isinya sentiasa dapat menarik perhatian tetamu untuk merasainya. Di samping itu, Nasi Goreng Kampung akan dipilih sebagai salah satu menu makanan untuk melayan tetamu yang penting dalam apa jua majlis-majlis. Hidangan ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin terkenal untuk dipilih sebagai makanan utama dalam majlis penting.

 
Nasi Goreng Kampung Recipe

(Sesuai untuk 4-5 orang)

3 cawan nasi putih (disejukkan)

1 mangkuk kecil ikan bilis

Sayur kangkung/kacang panjang/sayur campur/sayur kubis/lobak merah

2 biji telur (dipukul sedikit)

3-4 sudu besar minyak masak

Sedikit sos tiram

Sedikit kicap cair (atau sos ikan)

Sedikit lada sulah

Garam dan gula secukupnya

Sedikit belacan

Bahan-Bahan Tumis

4 ulas bawang putih

1 biji bawang besar/ 5 biji bawang kecil

Sedikit daun bawang (dihiris halus)

7-8 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambahkan lagi)

1 biji cili merah

Sos yang boleh Makan dengan Nasi Goreng Kampung Recipe

(Ikut kegemaran masing-masing)

Sos Tomato

Sos Cili

Sos Cili Pedas

Sos Cili Bawang Putih

Sos Cili Thai

Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan


1 batang timun (dihiris) 2 biji buah tomato (dihiris) Salad (dihiris) Bawang goreng (ditabur di atas nasi atau digoreng bersama nasi) Minyak bijan (ditabur ke atas ikan bilis yang telah ditumbuk)



Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi Goreng Kampung Recipe

1) Tumbukkan ikan bilis bersama cili padi, cili merah, belacan, garam, bawang putih dan bawang besar/ kecil.

2) Panaskan kira-kira 3-4 sudu besar minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumisan yang dikisar sehingga wangi atau naik bau dan garing.

3) Ketepikan bahan goreng di dalam kuali, masukkan telur dan biarkan mengeras sedikit.

4) Apabila nampak telur sudah separuh masak, kacau dengan cepat supaya hancur dan rata dengan cepat.

5) Tambahkan sayur-sayuran (sayur kangkung/ kacang panjang/ sayur campur/ sayur kubis/ lobak merah) dan terus masak lagi untuk seketika.

6) Masukkan sedikit kicap cair atau sos ikan dan sedikit belacan. Kacau dengan rata.

7) Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk dan dikisar.

8) Masukkan sos tiram dan gaul dengan rata lagi.

9) Masukan nasi dan kacau sehingga bergaul rata supaya bersalut dengan telur tadi.

10) Kemudian tambahkan garam dan gula secukup rasa.

11) Setelah rata, masukkan sedikit lagi lada sulah.

12) Gorengkan nasi dengan api sederhana sambil dikacau sehingga nasi menyerap hampir semua air dan mula kering.

13) Akhir sekali masukkan potongan daun sup dan daun bawang. Goreng dan kacau sama sekali.

14) Apabila nasi telah masak, hidangkan bersama hirisan timun, tomato, salad atau bawang goreng mengikut citarasa masing-masing.

Tips: Untuk melembutkan nasi yang keras, boleh membuat satu lubang di tengah-tengah nasi dan masukkan sedikit air, kemudian tutupkan kuali dan kecilkan api. Tunggu selama 5 minit dan gaul dengan rata dan sebati. Akhirnya pastikan nasi goreng itu lembut selama-lamanya dan sedap untuk dimakan.

Kesimpulannya, Nasi Goreng Kampung Recipe merupakan salah satu makanan yang sangat digemari oleh masyarakat Melayu. Selain rasanya yang enak dan lazat, cara untuk memasaknya juga senang dipelajari oleh ramai orang. Biasanya Nasi Goreng Kampung sentiasa dihidangkan semasa sarapan pagi dan dimakan dengan secawan kopi atau teh untuk mengisi perut.

Kebanyakan ibu atau suri rumah tangga gemar memilih Nasi Goreng Kampung Recipe sebagai menu makanan sarapan pagi, tengahari dan makan malam untuk seisi keluaga dan kanak-kanak berbanding dengan makanan yang lain. Ini adalah disebabkan bahan-bahannya adalah sangat senang dibeli dari pasar raya dan mana-mana tempat serta

cara memasaknya juga sangat praktis dan tidak rumit. Hanya dengan sepiring nasi putih, ahli-ahli untuk keluaga sudah dapat membuat nasi goreng khas, iaitu Nasi Goreng Kampung yang dapat dinikmati dan membuka selera.

Nasi Goreng Kampung Recipe mempunyai rasa yang masin dan sedap, jadi kelazatannya dapat menarik selera orang ramai sehingga melangkaui sempadan Malaysia. Pada lazimnya ia dikenali sebagai salah satu makanan kegemaran orang Melayu di Malaysia. Hidangan ini terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi bahan penyediaan dan juga penggunaan rempah-ratusnya.